Sambutan Jubli Perak UiTM 2024

 Sempena 25 Tahun UiTM Sebagai Sebuah Universiti

Sambutan Jubli Perak UiTM 2024 ini diadakan sempena UiTM menjadi sebuah universiti dari tahun 1999 hingga 2024. Pelbagai program dan acara menarik telah diatur oleh Universiti antaranya; Penjualan Barangan Edisi Khas, Kayuhan Kapsul Merentas Cawangan yang bermula pada 20 Jun 2024, Larian Berhalangan pada 25 Ogos 2024 dan acara kemuncak iaitu Malam Gala Sempena Sambutan 25 Tahun UiTM Sebagai Sebuah Universiti pada 28 Ogos 2024. Selain itu, Sambutan Mini 25 Tahun UiTM Sebagai Sebuah Universiti juga dilaksanakan di seluruh kampus mengikut tarikh kayuhan kapsul.

Dua setengah dekad yang lalu, UiTM telah melangkah ke arah perubahan yang besar, daripada sebuah institut pendidikan tinggi kepada sebuah universiti yang berwibawa dan dihormati, bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Dari tahun 1956 sehingga kini, melalui transformasi dari RIDA (Rural & Industrial Development Authority) ke Institut Teknologi MARA (ITM) dan akhirnya menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM), institusi ini telah menunjukkan komitmen berterusan dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berperanan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Pada 26 Ogos 2024 nanti, genap 25 tahun transformasi nama kepada sebuah institusi dari Institut Teknologi MARA kepada Universiti Teknologi MARA. Justeru, UiTM meraikan ulang tahun ke-25 sebagai sebuah Universiti pada tahun ini dengan menjayakan beberapa aktiviti antaranya Kayuhan Kapsul Rentas Cawangan, Larian Berhalang, Sambutan Mini di seluruh Kampus Cawangan serta kemuncak keraian adalah Malam Gala Sempena Sambutan 25 Tahun UiTM pada 28Ogos 2024.

Kepada seluruh Warga UiTM, ayuh semarakan Sambutan 25 Tahun UiTM di kampus anda!

Semua meja telah ditempah

Aturcara Program

Perlukan petunjuk arah?

Lokasi

Dewan Agung Tuanku Canselor

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Malaysia