Sambutan UiTM 25 Tahun

Logo 25 Tahun UiTM Sebagai Universiti

Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil.3/2024 pada 31 Januari 2024 telah bersetuju memilih dan meluluskan logo 25 Tahun UiTM melalui pertandingan mencipta logo 25 Tahun UiTM bermula 23 November hingga 20 Disember 2023. Dengan kelulusan ini, maka logo sempena Sambutan 25 Tahun UiTM sebagai sebuah universiti adalah dibenarkan penggunaannya sepanjang tahun 2024 bagi semua bentuk promosi UiTM termasuk penerbitan rasmi dalaman atau luaran, secara bercetak atau elektronik melalui laman sesawang dan media sosial yang lain. 

Logo boleh dimuat turun melalui: https://korporat.uitm.edu.my > Download > Brand Management. Fail adalah dalam format pdf. Sila gunakan perisian Adobe Illustrator untuk penyuntingan 

Rasional Logo

Nombor 2 bersambung dengan nombor 5; ia melambangkan satu perjalanan yang panjang setelah UiTM dinaik taraf sebagai sebuah universiti.


Imej 1999-2024 yang terletak di sepanjang cantuman nombor 2 dan 5; ia bermaksud satu tempoh masa yang bukan terhenti disitu sahaja malah akan berterusan lagi untuk masa yang akan datang.


Kesan bercahaya (glowing effect) bermaksud kecemerlangan dan pencapaian-pencapaian terhebat UiTM sepanjang 25 tahun. Antaranya UiTM berada pada kedudukan ke-98 dalam QS Asia University Rankings 2024, berada pada kedudukan 555 dalam QS World University Rankings 2024, serta berada pada kedudukan dalam =599 dalam QS World University Rankings; Sustainability 2024, ke -151 di Asia dan ke-13 di Malaysia.


Imej lipatan kertas melambangkan buku dan ilmu. Ia bermaksud program-program pendidikan yang disediakan oleh UiTM yang mana ia berperanan dalam pembinaan negara dengan menyerlahkan potensi dan membentuk masa hadapan. Walaupun penggunaan warna adalah daripada warna logo UiTM, namun ia diolah untuk menimbulkan mood perayaan sambutan 25 tahun.


Sejarah Universiti Teknologi MARA

Koleksi Video 

Sambutan 

25 Tahun UiTM